TEKNIK LARI PECUT


Terdapat dua teknik yang digunakan untuk memulakan larian iaitu gaya berdiri dan gaya dekam. Kebiasaanya atlit menggunakan larian gaya berdiri bagi acara pecut.

a.    Gaya berdiri

              i.        Persediaan
·         peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan 'ke garisan' diberi.

            ii.        Ke garisan
·         Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan.
·         bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.
·         condongkan badan ke hadapan.
·         kedua-dua belah tangan berada di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan.

Rajah 1.3: Gerakan “ke garisan”


           iii.        Sedia
·         condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan.
·         bengkokkan lutut kaki hadapan dan kaki belakang tolak ke tanah.
·         badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel.





Rajah 1.4: Gerakan “sedia”

           iv.        Mula
·         pelari mula bergerak apabila mendengar bunyi tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.

        
Rajah 1.5: Gerakan “mula”