PERALATAN



PERALATAN UNTUK OLAHRAGA


Dalam sukan olahraga, terutamanya acara-acara larian, terdapat beberapa peralatan yang diperlukan.
  • Kasut.


Kasut atau spikes merupakan peralatan penting para olahragawan bukan sahaja mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut , tetapi juga untuk kegunaan dalam acara lain, termasuk acara padang. Walau bagaimanapun, penggunaan kasut ini amat penting malah dimestikan bagi acara olahraga masa kini, terutama untuk acara lari pecut. Jenis kasut bergantung kepada keselesaan atlit secara individu. Bagaimanapun biarlah daripada jenis yang ringan.

  • Blok Permulaan 


Blok permulaan merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membantu para pelari pecut membuat lonjakan yang pantas semasa memulakan larian. Biasanya para pelari tidak diwajibkan rnenggunakan blok permulaan ini, tetapi begi kebanyakan pelari blok, Ini amat diperlukan, termasuk dalam perlumbaan di peringkat sekolah. Pelari boleh meminta nasihat guru pengawas atau jurulatih tentang pemilihan jenis blok permulaan yang sesuai.

  • Pakaian Sukan 


Seperti acara sukan lainnya, para olahragawan juga perlu menggunakan pakaian yang sesuai untuk setiap acara yang mereka sertai. Dalam kebanyakan perjumpaan sukan  terbesar dunia, para olahragawan akan memakai singlet yang terdapat nombor peserta, negara atau pasukan yang mereka wakili serta nama penaja yang menganjurkan perjumpaan itu.bagaimanapun, setiap peserta di boIehkan memakai pakaian yang mereka gemari asalkan dipersetujui oleh negara dan pasukan mereka.Contohnya dalam Sukan OIimpik yang dapat kita tontoni menerusi kaca televisyen, pelbagai jenis dan bentuk pakaian yang dipakai oieh peserta lelaki dan wanita asalkan pakaian itu selesa dan tidak mengganggu pergerakan dan Iarian mereka.

  • Peralatan Sampingan


Setiap olahragawan juga digalakkan mempunyai beg peralatan masing-masing. Mungkin ada di kalangan olahragawan yang menganggap perkara ini sesuatu yang tidak penting, namun sebagai olahragawan , sesuatu yang mempunyai kaiian dengan mereka hendaklah diberi perhatian.Bagi peralatan ini pula harus rnengandungi barangan seperti berikut:
tuala.

  • Peralatan kecemasan yang ringan, seperti minyak urut, plaster, aspirin, botol minuman, dan sebagainya.
  • Seluar pendek dan singlet ( sebaik-baiknya dua pasang )
  • Kasut jogging dan kasut berlari.
  • Jam randik atau pita pengukur.
  • Barangan lain yang difikirkan perlu.