Terdapat dua teknik yang digunakan untuk memulakan larian iaitu gaya berdiri dan gaya dekam. Kebiasaanya atlit menggunakan larian gaya berdiri bagi acara pecut.
a. Gaya berdiri
i. Persediaan
· peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan 'ke garisan' diberi.
ii. Ke garisan
· Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan.
· bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.
· condongkan badan ke hadapan.
· kedua-dua belah tangan berada di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan.
Rajah 1.3: Gerakan “ke garisan”
iii. Sedia
· condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan.
· bengkokkan lutut kaki hadapan dan kaki belakang tolak ke tanah.
· badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel.
Rajah 1.4: Gerakan “sedia”
iv. Mula
· pelari mula bergerak apabila mendengar bunyi tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.
Rajah 1.5: Gerakan “mula”