Pages

ACARA BALAPAN / PADANG


ACARA 100 METER


Untuk acara 100 meter, larian ini terbahagi kepada 4 fasa:
Mulaan
  1. Penambahan kelajuan (pick-up)
  2. Pelajuan (acceleration)
  3. Kelajuan maksimum



FASA MULAAN
Atlet akan menukar dengan cepat dari posisi pegun ke aksi larian. Tujuannya adalah untuk mencapai langkah pemecutan penuh seberapa cepat yang boleh.

PENAMBAHAN KELAJUAN (Pikc-up)

Tujuh hingga lapan langkah yang pertama dipanggil penambahan kelajuan kerana posisi yang diambil oleh atlet dalam fasa ini adalah berbeza daripada permulaan larian. Fasa ini dipanggil pick-up kerana terdapat variasi berlebihan dalam kelajuan pada langkah-langkahnya dalam jarak pendek lebih kurang 10 meter iaitu atlet maju daripada kelajuan kosong kepada lebih kurang 9 meter sesaat.

PELAJUAN
Kelajuan atlet bertambah sebanyak lebih kurang 30-35 meter selepas fasa pick-up.

KELAJUAN MAKSIMUM
Kelajuan maksimum adalah kelajuan atlet masih terkawal iaitu dia tidak terlebih berlari dan aksi lariannya adalah mudah dan licin. Selepas mencapai kelajuan maksimum, atlet harus meneruskan larian dengan tenang untuk mengekalkan kelajuan yang telah dicapai sehingga tamat larian.


PENGHABISAN
Untuk langkah terakhir atlet haruslah menonjolkan dada ke hadapan sementara lengan tegak ke belakang untuk menyentuh satah tegak tepi garisan penamat.


PENGGUNAAN BLOK DI DALAM ACARA 100 METER
Apabila acara 100 meter dijalankan, penggunaan blok adalah amat penting untuk membantu pelari pecut. Oleh yang demikian, kedudukan blok haruslah betul, iaitu untuk acara 100 meter blok perlu diletakkan di tengah-tengah lorong.


ACARA 200 METER
Acara 200 meter adalah acara yang dilakukan dengan usaha sepenuhnya tetapi dalam keadaan terkawal. Perbezaan yang ketara di antara acara 100 meter dengan 200 meter adalah dalam daya ketahanan kelajuan yang boleh didefinisikan sebagai keupayaan mengekalkan kelajuan tinggi merentasi jarak yang lebih jauh. Untuk acara 200 meter atlet mesti memperolehi teknik larian yang  betul pada bahagian selekoh kerana jarak 100 meter yang pertama akan dilari pada bahagaian selekoh.

Jika berlari di bahagian selekoh, blok-blok mulaan akan ditempatkan berhampiran garisan luar yang membatasi lorong larian, supaya mengikut satu trajektori permulaan yang bertangen pada selekoh; iaitu 5 – 6 meter melepasi garisan.

BERLARI  ATAS SELEKOH

  1. Apabila meningkatkan kelajuan di bahagian selekoh, daya emparan (centrifugal   force) mudah menyebabkan atlet tergelincir keluar.
  2. Untuk mengatasi gaya ini, atlet akan condong ke selekoh dan memusingkan   sedikit tubuh badan untuk mendahulukan bahu kiri.
  3. Cara ini akan menolong badan atlet bergerak dalam gaya yang lebih     berkordinasi.


BERLARI DI LORONG LURUS

  1. Bahagian kedua perlumbaan 200 meter, adalah berlari 100 meter pada   bahagian lorong lurus.
  2. Lebih kurang antara 80 – 120 meter dari garisan permulaan, iaitu di antara  garisan selekoh dan bahagian lurus atlet akan mencapai puncak kelajuannya.
  3. Atlet harus mengekalkan posisi larian yang betul di bahagian selekoh dengan   bahu kiri sedikit mendahului bahu kanan supaya atlet tidak tergelincir tetapi   dapat berlari dengan bersahaja menuju ke lorong lurus dan mengekalkan    kelajuan yang telah dicapai.



LATIHAN DAN AKTIVITI UNTUK LARI PECUT

Aktiviti yang boleh dilakukan untuk memanaskan badan di bahagian awal suatu pelajaran olahraga. Antaranya:
  1. Lari setempat, angkat lutut tinggi-tinggi dan gerakkan tangan dengan pantas. 
  2. Lari Pecut sejauh 20-30 meter secara berulang-ulang. 
  3. Lari sambil mengejar pasangan dan cuba cuit mana-mana bahagian badannya Sebelum sampai di tandaan 30 meter. 
  4. Berlari anak denan pantas tukar kepada lari pecut sejauh 30-50 meter.
  5. Lari kutip mata (lari ulang-alik)
  6. Latihan lari sejauh 30 meter. Beri perhatian kepada pergerakan tangan, kedudukan kepala dan sebagainya.
  7. Latihan berlari di bahagian selekoh. Condongkan badan sedikit ke dalam iaitu ke arah lorong. Hayunkan tangan melintasi badan.




ACARA 400 METER

Acara 400 meter juga diklasifikasikan sebagai lari pecut kerana ia masih memerlukan keupayaan atlet mencapai puncak kelajuan. Dalam acara 400 meter  pelari-pelari berlari dalam satu pusingan trek.

Bagi memudahkan larian, jarak 400 meter ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu 200 meter pertama dan 200 meter kedua. Pelari harus memperuntukkan masa yang wajar untuk sesuatu peringkat jarak ini, misalnya 25 saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat untuk jarak 200 meter yang kedua atau masa yang sama untuk setiap jarak 200 meter. Perancangan masa begini adalah lebih baik dibandingkan dengan masa 30 saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat untuk 200 meter kedua.

Biasanya seseorang pelari 400 meter akan cuba mendapatkan suatu permulaan dan larian pada selokoh pertama dengan baik, larian yang selesa pada lorong lurus yang pertama meningkatkan kelajuan pada selekoh kedua dan akhir, diikuti dengan meningkatkan kelajuan pada bahagian lurus terakhir sehingga ke garisan penamat. Semasa berlari untuk acara ini, pelari harus dapat mengekalkan lariannya walaupun dalam keadaan tertekan, sama ada daripada pelari lain atau pun daripada penonton. Kesimpulannya, penggunaan strategi Iarian yang bersesuaian terutama sekali untuk acara pecut seperti 400 meter, adalah perlu dan penting. Sekali lagi ditegaskan bahawa adalah tidak mungkin seorang pelari yang baik sekalipun mampu mengekalkan pada kelajuan yang sama sepanjang jarak itu.

BERLARI DALAM ACARA 400 METER

  1. Teknik untuk larian 400 meter adalah berbeza dengan larian yang digunakan   oleh atlet dalam jarak yang lebih pendek.
  2. Langkah pelari 400 meter harus panjang dan kendur dengan usahanya    bertambah secara beransur-ansur.
  3. Perlumbaan 400 meter bermula di atas selekoh, oleh itu tidak perlu berusaha   untuk mendapatkan  suatu kelajuan tinggi yang tertentu dalam jarak 100 meter   yang awal.
  4. Usaha harus bertambah secara beransur-ansur supaya kelajuan maksimum  dicapai dalam bahagian kedua di lorong lurus yang pertama (di antara 150 meter   dan 200 meter).
  5. Atlet kemudiannya memasuki selekoh kedua dengan langkah terkawal.
  6. Atlet hendaklah menumpukan perhatian supaya tidak kehilangan kelajuan dan berusaha mengekalkannya walaupun ini amat sukar dilakukan.



ACARA 1500 METER

Dalam acara 1500 meter latihan yang intensif dan konsisten amat penting untuk mencapai satu tahap kecergasan yang tinggi. Oleh itu, kaedah latihan dari cara progresif, iaitu daripada yang senang kepada yang susah penting untuk mencapai kejayaan. Larian ini memerlukan daya ketahanan yang tinggi kerana masa yang diperlukan untuk menghabiskannya kurang daripada dua minit. Untuk mencapai peringkat-peringkat seperti yang dinyatakan, seorang pelari harus melalui latihan untuk tempoh yang lama dan bersistem agar jantung, paru-paru dan otot pelari dapat dilazimkan supaya dapat memenuhi keperluan oksigen apabila kadar bekerja meningkat. Peralatan yang diperlukan boleh dikatakan hampir sama dengan peralatan untuk acara 800 meter seperti kasut (spikes), pistol, alat perakam masa dan pakaian yang bersesuaian. Tetapi yang berbeza sedikit ialah memandangkan larian ini lebih jauh daripada larian 800 meter, kasut tanpa paku dibenarkan. Ada beberapa peralatan penting yang perlu digunakan seperti loceng penamat pusingan, benang di garis penamat.

PERATURAN - PERATURAN

Permulaan – Setiap peserta akan bermula di lengkung kedua trek 400 meter dan mereka diletakkan mengikut undi yang telah dijalankan. Pelari yang diundi untuk lorong pertama paling beruntung. Sebaik sahaja mereka dilepaskan, semua pelari akan cuba memasuki lorong pertama atau lorong paling dalam agar masa larian dapat dicepatkan. Manakala bagi pelari yang berada di lorong luar sekali perlu berlari dalam garisan lurus untuk suatu jarak sebelum menuju ke lorong pertama. Mengenai cara bermula, kebanyakan pelari menggunakan kaedah berdiri, sama seperti acara 800 meter. Begitu juga dari segi arahan yang dikeluarkan oleh pengadil tidak berbeza dengan larian 800 meter, iaitu ‘bersedia’ dan ‘mula berlari’ sebaik sahaja pistol ditembak.

Larian batal – Setiap pelari yang berlari sebelum dilepaskan oleh pelepas akan dianggap batal dan akan diberi amaran. Jika orang yang sama mengulangi kesilapan akan dikeluarkan daripada menyertai acara tersebut. Manakala pelari yang sengaja berlari di luar trek juga akan dibatalkan penyertaannya kecuali ia ditolak dan bagi yang menolak akan dianggap sebagai penyertaan tidak sah.

Jenis Trek – Semua jenis trek sama ada berumput, bitumen atau tiruan boleh digunakan kecuali trek yang diubahsuai seperti meletak spring yang boleh membantu pelari tidak boleh digunakan.

Tamat Larian – Peraturannya adalah sama seperti acara 800 meter. Begitu juga cara masa diambil.


APLIKASI

Apabial pistol dibunyikan, boleh dikatakan hampir semua pelari yang berlari untuk jarak 1500 meter, cuba mendapat kedudukan terbaik di depan kerana dapat berada di lorong terdalam. Ia ada banyak manfaat, seperti menjimatkan tenaga dan masa serta dapat mengelakkan diri daripada dihimpit oleh pelari lain. Oleh itu, satu taktik yang perlu digunakan ketika perlumbaan bermula, pelari mesti berlari dengan pantas pada 100-150 meter pertama kemudian berlari dengan kelajuan biasa.

Selalunya dalam satu-satu perlumbaan, pelari mempunyai dua matlamat, iaitu membaiki masa ciptaannya dan mendapat kedudukan terbaik semasa berlari. Jadi untuk mencapai kedua-dua hasrat di atas, seorang atlet mesti tahu akan kebolehan serta pihak lawan mereka. Selain itu, pelari juga mesti ada strategi yang tersendiri. Oleh itu, jika boleh seorang pelari harus berlari dalam kelajuan yang sama bagi menamatkan larian dan pada pusingan ketiga iaitu 220-400 meter terakhir dan pelari mesti memecahkan diri daripada kumpulan yang mengekorinya. Hal ini bukan sahaja memberi semangat kepada diri sendiri malah memberi satu kesan psikologi kepada pesaingnya. Apabila mengatakan tentang aplikasi, ia mempunyai hubungan yang rapat dengan strategi (larian untuk mengatasi masa) dan taktik (pengubahsuaian ketika berlari untuk menghadapi lawan). Berkenaan dengan kelajuan, ia harus dipelbagaikan dalam larian 1500 meter seperti menambahakan kelajuan untuk mencapai satu rentak yang dikehendaki, meninggikan kelajuan untuk mengejar pelari lain atau meninggalkan peserta lain dari awal hingga akhir perlumbaan.

LARI PECUT

Lari pecut adalah aktiviti yang memerlukan para pelajar membuat larian untuk satu jarak dengan sepantas yang terdaya. Kepantasan larian bergantung kepada dua faktor utama, iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, para guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka.