Monday, September 26, 2011






Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton.


Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan. Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah

tersebut. Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:

  • Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.
  • Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.

Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.

Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah:

  • Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya untuk melindungi empayar Rom.
  • Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai pengangkutan dan sebagainya.
  • Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa tertentu, dan bukannya untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas dan sebagainya

Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walaubagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan. Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.


Sejarah sukan kemungkinannya bermula sejak kewujudan manusia sebagai tujuan bersukan dan makhluk aktif. Sukan merupakan cara berguna bagi manusia meningkatkan kelebihan mereka keatas alam semulajadi dan persekitaran. Sejarah sukan mampu mengajar kita banyak perkara mengerai perubahan kemasyarakatan dan mengenai sifat semulajadi sukan itu sendiri. Sukan kelihatannya membabitkan asas kemahiran manusia dikembangkan dan dilatih bagi kemahiran itu sendiri, selari dengan dilakukan kerana kegunaannya. Ia turut menunjukkan bagaimana kepercayaan masyarakat berubah dan dengan itu terdapat perubahan dalam peraturannya. Sebenarnya ketika kita pergi semakin jauh dalam sejarah bukti yang semakin sedikit menjadikan teori mengenai asal dan tujuan sukan sukar disokong. Sungguhpun begitu, kepentingannya dalam sejarah manusia tidak dapat dinafikan.



Sukan yang telah wujud sekurang-kurangnya dua setengah ribu tahun dahulu termasuk "hurling" (menyerupaki "field hockey") di Ireland Silam, "harpastum" (sama seperti Rugbi di Rom Silam, cuju (sama seperti persatuan bolasepak) di China Silam, dan polo di Parsi Silam. Permainan bola Mesoamerika wujud lebih tiga ribu tahun dahulu. Terdapat peninggalan dan struktur yang mencadangkan bahawa orang-orang Cina terlah terbabit dengan aktiviti sukan se awal 4000 BC. Giminastik kelihatan merupakan sukan yang popular dalam sejarah silam China. Peringatan kepada Firaun menunjukkan sejumlah sukan termasuk berenang dan mengail, adalah popular dan mempunyai peraturan beberapa ribu tahun dahulu di Mesir purba. Sukan Mesir lain termasuk melontar lembing, lompat tinggi dan gusti. Sukan Persia Silam seperti seni mempertahankan diri tradisi Iran, Zourkhaneh mempunyai kaitan rapat dengan kemahiran berperang. Antara sukan lain termasuk yang berasal dari Persia adalah polo dan tombak ("jousting").



Gambaran upacara sukan dapat dilihat dalam kesenian Minoan Zaman Gangsa di Crete (dari sekitar 2700 hingga 1450 BC), kebanyakannya membabitkan acara keugamaan melompat lembu dan kemungkinannya melawan lembu jantan. Homer menceritakan bahawa sukan diamalkan semasa zaman Mycenaean, antara 1600 BC dan ca. 1100 BC. Dalam Iliad terdapat gambaran panjang mengenai sukan penkebumian yang diadakan bagi menghormati pahlawan yang mati, dan terbabit dengan sukan digambarkan sebagai pekerjaan golongan bangsawaan dan yang kaya, yang tidak perlu melakukan kerja berat mereka sendiri. Dalam Odyssey, Raja Odysseus dari Ithaca membuktikan status rajanya kepada Raja Alkinoƶs dari Phaiakes dengan menunjukkan kemahirannya melontar javelin.